Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 10, 2009

Na..na..na..na..na..Ganu Kite ...

Salam untuk semua.

Minggu ini tidak ada aktiviti kayuhan. Rehat, sambil menikmati percutian bersama rakan-rakan pejabat aku di Trengganu Darul Iman. Agak 'mendukacitakan' kerana aku tak leh bawak bini pi sama, kerana beliau terlibat dengan aktiviti jabatan. Sebagai 'weekly update' posting ini teristimewa buat mereka untuk dikongsi bersama. Kali terakhir aku ke Trengganu, tahun 1999...sejurus selepas Trengganu jatuh ke tangan pihak 'opposition'. Dah sepuluh tahun pun. Pertama kali jugak aku naik bas ke Pantai Timur. Gayat giler..!!! Maklumlah dah lama tak naik bas. Bila tengok Abang drebar bas tu 'downhill' dekat Lebuhraya Timur Barat, huihhh tersirap darah aku wooo, kecut habih semua. Celah-celah tu depa pi tayang pulak video tah apa-apa ceritanya. Tak dak kualiti langsung, last-last Sampai ke subuh aku tak leh tidok. Gggeerrrrrammm...!!!. Bertambah kecut lagi aku bila time balik Abang drebar bas tu tunjuk gambar yang kat sebelah ni.
Taya bas yang dah makan sebelah. Yang di atas bas semua tak tau. Aku sorang jer yang tengok. Mau dibuatnya meletop tayar tu, arwah la akibatnya ...
Walau apa pun Alhamdulillah, semuanya begheh. Masing-masing teruja sepanjang 2 hari 3 malam percutian di Pantai Timur. Mungkin kalau boleh ada yang nak tambah dua tiga malam lagi ... he3 ... Kepada pihak penganjur diucapkan tahniah di atas penganjuran yang sempurna dan lain kali kita ke 'destinasi' ini pulak ... he3 ... Sekian, selamat menonton, salah dan silap harap diampun ...



Suasana tenang sebelom 'pesawat' berlepas ...

Wajah-wajah riang di Kuala Trengganu ...
berdiri di tengah ialah 'big boss' kami Tuan Haji Helwi ...

Ada yang bawak family ... malangnya aku gagal ... huhuhu ...

Saudara Syaikh Ali ...

Saudara Amin ...

Saudara Malik ...

Saudari-saudari ...

Nama dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan ...

Alamak..!! Macam gajah dengan semut ... aduuuiiii ....

Nama masih dirahsiakan ...

Inilah wajah-wajah yang dalam kelaparan ...

Haaa ... dah jumpa pun ... M..A..K..A..N ...

Bila makan, sunyi sepi dan sopan santun ... tak dengaq sora ...

Hingga tak terkata ...

Asyik dan mahsyook ...

Insan yang paling sikit dan tak lalu makan ...

Pulun bang pulun ...

Gendang gendut tali kecapi, perut kenyang kenyih nampak gusi ...

Depa dua ni tak makan, jaga badan...

Bila dah kenyang mulalah beraksi ...


Sessi 'mengkopak' kan duit ... beli keropok lekor ...

Hai Che Kak ... cari budu ke ..?

Ketua pasukan ... Haji Che Mansor ...

Nama tetap dirahsiakan ... semua dia nak beli ... hehehe ...

Singgah sebentar di Kota Bharu ...

Left to Right ~ Bishrol, Pejal, Aris Ariwatan n Fozi ...

He3 ... yang mana satu idaman kalbu ..? Inilah 'ratu-ratu' di pejabat aku, tapi nama masih tetap dirahsiakan, sapa nak tau kena lalu sessi temuduga dengan aku dulu ... ha3 ...

Mungkin ada yang tak mau balik ... cuba teka siapa ..? he3 ...




Upcoming Ride ...

Jangan lupa !!!

Kayuh Syok-syok di Perlis ...





Semoga berjumpa lagi ...








No comments:

Post a Comment