Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 16, 2010

Baling > Sg. Petani > Merbok > Pantai Murni Yan @ Satu Kepuasan . . .

Tarikh: 16 Januari 2010 . . .
Jarak: 92.59 km . . . MTB . . .
Calories Burned: 1618.2 . . .
Route: Baling > Sg. Petani > Merbok > Pantai Murni Yan . . .

Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Agak lama jugak memendam hasrat untuk ke Pantai Murni dari Baling. Lebih-lebih lagi bila tengok Odd dengan Mat Apit bawak road bike depa pi Pantai Murni. Meruap-ruap darah aku hehehe . . . bukan marah kat depa tapi sebab teringin yang amat sangat. Cuma bezanya aku bawak MTB ajer hahaha . . . tak laju pun, average speed sekitar 23.6 saja . . .

Kelmarin aku sempat jugak 'mengutip' sedikit panduan dari Abang Haji Ramly dan Nizam (semasa di Restoran Maqbul) pastu terus buat 'survey' pada sebelah petangnya. Bukan apa, cuma nak pastikan laluan tersebut mampu untuk aku berkayuh. . .

Jumpa dengan Anas di persimpangan Sidam . . . masa sembang dengan Anas dia dah tak sabau menanti Giant XTC Team nya . . . hahaha . . . "kalau tidak hari ini saya boleh dah ikut Abang . . ."

Dekat parking Petronas Laguna . . . kereta Abg Lan dan Cikgu Din . . . mula-mula tengok tak dak orang, lepas aku 'terbit' dari toilet Petronas nampak Abg Lan baguih dok simpan beskal ataih bumbung kereta dia, aku pun terus menerpa mai kat depa . . .

Tiap-tiap kali jumpa Abg Lan dia memang sentiasa nampak 'steady' saja . . .

Cikgu Din dan Nizam . . . senyum meleret . . .

Mr. Tommy . . .



Habis jumpa ngan Abg Lan, Cg. Din dan Nizam aku kembali ke Petronas untuk 'take 5' berjumpa pulak sahabat yang semakin montel ni . . . Sahak RCT . . . diminta pihak RCT perlu mengambil tindakan tegas terhadap Sahak kerana kemontelan beliau . . .

Selamat datang di Merbok . . .

Pemandangan indah di kawasan Singkiaq Laut . . .


Mission Completed . . .

Bini aku laa . . .


Makan tengah hari di Tanjung Dawai . . . kari kapla ikan tanpa santan, rempah giling . . . buurrrllllpppp . . . belahak . . .

Insan yang bertanggung jawab 'mengena' kan aku dengan menu ini ialah Sahak RCT . . . Fuhhhh, memang sedap kena mai lagi . . . ikan tenggiri goreng, sotong goreng masak kuning, kari kapla ikan tenggiri saiz 2 orang makan, ulam pucuk putat dan sambai belacan . . . nasik aku oder tambah siap-siap . . . aduuuhhhh . . . . aroi . . . aroi . . .



. . . . Wassalam . . .






Saturday, January 9, 2010

Lonely Ride . . .

9hb. Januari 2010 . . .
Sabtu . . .
Distance : 84.58 . . .
Calories Burned: 1401.8 . . .
Route : Baling > Merbau Pulas > Kuala Ketil > Baling . . .

Kayuh berseorangan, plan asal nak join Tok Megat kayuh di area Kulim tapi aku terlambat bangun pagi ini dan terpaksa kensel hajat tersebut. Sepanjang minggu ini langsung tak dapat kayuh kerana cuaca yang tak mengizinkan dan angin malas yang melanda aku. Badan pun rasa tak selesa lengoh-lengoh dan berat, dah tu makan pun banyak pulak. hari ini aku terpaksa cari jarak yang jauh sikit untuk 'cover' balik sebab hampir seminggu tak kayuh. Untuk mendapatkan lebih kilometer aku kayuh ikut laluan lebuhraya menuju ke Kulim dan 'tembus' melalui Merbau Pulas, Alhamdulillah, mula-mula ingat dapat cecah 100 km tapi silap haribulan, cuma 84.58 km saja . . . kira ok lah tu . . .

Hari ini cuma dapat tangkap gambag GIANT XTC Team aku saja tanpa tuannya . . .


Sampai di Batu 1 Kuala Ketil, aku belasah betik dua potong . . . betik memang buah favourite aku, buah yang memberi 'kesenangan dalaman' . . . sebijik pun aku boleh bedal sorang . . .



Jalan-jalan Cari Gerek Baru . . .

Hari Jumaat, 8hb Januari 2010 . . .

Jalan-jalan cari gerek baru. Untuk siapa . . ? Road Bike baru untuk aku kah. . ? Bukan, gerek ini untuk 'saudara baru' dalam dunia perbasikalan . . . saudara Annas Bin Musthafa, bertambah lagi seorang kawan aku. Kenal Anas pun baru hari ini, Alhamdulillah, dia seorang yang mesra alam. Tapi bonda Anas aku dah kenal lama, kalau siang-siang dia bagitau kan senang . . . hehehe . . .

Oleh kerana 'budget' Anas yang agak tinggi maka aku terpaksa memohon khidmat nasihat dari Tok Megat bagi melancarkan segala urusan. Maka dengan itu kami terus menuju ke kedai Albert untuk tujuan tersebut . . . kerana kesuntukan masa untuk bersolah Jumaat maka kami terpaksa 'repeat' ke kedai Albert semula selepas solah Jumaat . . .

Lepas keluar dari rumah Tok Megat, kami pi belasah nasi bawal goreng dekat Kg. Tok Kangar area berhampiran dengan Auto City . . . sehingga menjilat jari . . .

L~R: Wan, NurZul n Anas . . .


Hat dok mai kira pun MasyaAllah . . . putih melepaque . . .

Bila perut dah kenyang mata mula la beralih sana sini . . . hat ni kira 'pembasuh mata' la . . .

Lepas habis makan baru kami pakat pi kedai ni, mungkin semua dah tau nama kedai ni sekali dengan toke dia . . . aku first time sampai dan jumpa Albert ni, selalu pun dok tengok gambag dan dengak nama saja . . .

Ni dia Albert . . . dok kenyih, sebab dia tau dah sat nak asyoookk . . .

Sempat jugak aku dok reling kat 'sahabat' ni . . . sabar . . . sabar . . .

Apa belek lama-lama, nanti dikebas orang . . .

Oleh kerana waktu Jumaat dah dekat kami terus cabut pi masjid dulu, sampai masjid Tok Khatib baru start nak khutbah, tapi aku tengok bro ni selamba jer dok perasap rokok . . . ishk . . . ishk . . . ishk . . .

Sebelum cau kami bergambo dulu, menurut Albert frame gerek Anas terpaksa ditempah dan mengambil sedikit masa . . . maka Anas terpaksa menghitung hari kemunculan gerek beliau, harap Anas bersabar . . .


. . . Sekian . . .

Monday, January 4, 2010

Breaking News . . .

Assalamualaikum,

Lebih kurang jam 9.58 pagi tadi (4 Jan 2010) saudara Hanif PGA telah memaklumkan berita yang agak mengejutkan untuk makluman kita semua. Dengan ini juga saya memohon kepada tuan-tuan para sahabat MTBiker's sekalian supaya mendoakan kesejahteraan dan yang terbaik dari Allah s.w.t. untuk saudara Fozi PGA dari team Kroh MTB.

Beliau hari ini disahkan menghidap jangkitan kuman pada bahagian otak dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. memberikan yang terbaik untuk beliau . . . insyaAllah
. . . Amin ya Robbal Alamin . . .

Saudara Fozi di sebelah kiri Wa Don @ Cikgu Loso sewaktu Kayuhan Kebun Bunga . . .

Kepada seluruh keluarga saudara Fozi diharap bersabar dan tabah menghadapi situasi yang getir ini . . .


Sunday, January 3, 2010

Road To Betong . . .

Date: 2nd January 2010,
Distance: 54.02 km,
Calories burned: 1072.4
Participants: Me, ASP Fadhil, Chief Insp. Nordin, Odd & Mait Apit . . .

Lama sungguh aku tak kayuh masok Betong. Hari ini terubat rindu, sesekali teringat pulak kayuh kat Hatyai hari tu. Kayuhan yang disertai oleh 2 tetamu undangan dan 'jagoan' dari Lunas yang tidak asing lagi iaitu Odd dan Mait Apit . . . Hari ini kedua-dua mereka beserta dengan Tuan Fadhil bawak roadbike. Addduhhhhh . . . kenapa sudah ramai yang ber 'roadbike' ? Habis lah aku, aku akan terus ditinggalkan . . . tolooooongggg . . . hehehe . . .

Kayuhan yang pada asalnya dirancang oleh Odd ialah Lunas ~ Baling ~ Lunas, tetapi dibatalkan kerana sebab-sebab teknikal, jadi kedua-dua mereka terpaksa bermula dari Baling untuk menikmati 'keenakan' Gunung Inas. Untuk menambah perisa kayuhan aku dan Tuan Fadhil 'racun' Odd dan Apit terus terlajak masok untuk 'mem Betong kan' diri mereka . . .

Yang ditunggu dah tiba, Odd n Apit . . . Wellcome . . .


Inilah barisan yang akan menerjah ke sempadan negara . . .
L~R: Odd, Apit, Aku, Tuan Fadhil n Tuan Nordin . . .
Tuan Nordin teman kami sampai Kroh saja kerana ada hal peribadi yang perlu dibereskan . . .

Tengah sedap dok climbing Gunung Inas aku terpaksa berhenti menyaksikan kejadian ini . . .

Road To Betong . . . tiga road bike sedang beraksi ghairah . . .



Bila dok sempadan depa dua ni dah mula senyum meleret . . .

Jumpa Nizam dan Azizi, tapi aku tak dan nak ambik gambo Nizam . . .

Apit terus dengan senyum sukanya . . .

Rak basikal di kedai Amin yang menarik perhatian Odd . . .

Di depan kedai Amin . . .

Nescafe panas dan roti bakaq tajaan Tuan Fadhil . . . sedap giler, mungkin sebab kami semua pakat-pakat lapaq kot. Patut la orang Malaysia suka masuk Siam, rasa tak srupa macam hat Malaysia . . .


Paling kanan Amin, toke kedai basikal Betong . . .


Ambik kesempatan untuk try cuba roadbike hakmilik Amin . . . kareeeennnn . . .

On the way balik di sempadan . . .

Aksi terakhir sebelom berangkat pulang . . .


Semoga berjumpa lagi . . . .