Sunday, May 31, 2009
Hari Ini, Bondaku Ke Tanah Suci...
Wednesday, May 27, 2009
Today Is My 42nd Birthday...
Maka hari ini adalah hari lahir aku yang ke 42 tahun. Kemarin ulangtahun perkahwinan aku yang ke 18. Pejam celik, pejam celik dah 18 tahun hidup berumah tangga. Rasa macam baru kahwin dua tiga tahun lepas. Begitulah masa yang begitu cepat berlalu dan tak leh nak 'gostan' dah. Hakikatnya, kehidupan ini semakin hampir dengan kematian. Anak aku yang sulung pun dah 17 tahun, sikit hari lagi dapat menantu, lepas tu dapat cucu, jadi tokwan...hahaha...tapi hati dok muda lagi...hehehe...Sekarang aku dah punya satu orang isteri dan dua orang anak lelaki...syukur Alhamdulillah...
Di bawah ni beberapa keping gambar2 lama aku untuk tontonan. Gambar perubahan diri aku dalam tempoh 42 tahun ini...








Where there's a will ~ there's a way...aku genggam kuat kata-kata ni...insyaAllah...
"Pada hari ini Ya Allah...aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah mengizinkan kehidupan aku sehingga ke hari ini. Kepada Mu aku bermohon, Engkau lanjutkanlah dan berkatilah usiaku di dalam kebajikan. Aku bermohon Engkau lorongkanlah kepadaku rezeki2 yang halal. Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, anugerahkanlah kepada aku isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. Aku bermohon kepadaMu agar Engkau peliharalah kesejahteraan hidup kami sekeluarga dan jauhkanlah dari kami sekeluarga api nerakaMu yang sangat2 kami takutkan...
Amin Ya Robbalalamin..."
Amin Ya Robbalalamin..."
Time aku nak keluar gi kerja, tengok dah ada sepasang kasut baru dok depan pintu. Hadiah hari jadi aku tahun ini.
...bini bagi...Alhamdulillah...
...bini bagi...Alhamdulillah...
Begitulah adanya...cukuplah sampai di sini dulu...jumpa lagi...
Sunday, May 24, 2009
Betong...Kebun Bunga Ride...
Selepas tertangguh pada 3hb Mei yang lalu, maka hari ini seperti yang dirancangkan kayuhan ke Kebun Bunga berjalan dengan lancar dan jayanya. Lebih kurang 50 riders yang menyertai program hari ini termasuk seorang kanak-kanak di bawah umur. dan juga rakan-rakan dari MTB Betong. Kebun Bunga @ Flowers Garden...lebih kurang 22 km dari Pekan Betong. Perit dan seksa, kalau di Gunung Jerai cuma 5 km terakhir saja climbing yang agak 'stiff', berbeza pulak dengan Kebun Bunga, 7 km terakhir adalah jarak paling 'menakutkan'. Pacaknya memang menakjubkan. Hari ini mental aku memang teruk. Nyaris tewas. Thanks to Fuad and Wendy kerna bagi semangat, kalau tidak mungkin aku patah balik. Tahniah kepada para peserta yang berjaya sampai ke Kebun Bunga dan kepada yang gagal pun tahniah jugak di atas usaha gigih anda semua. Ok lah aku tak mau melalut panjang. Letih tadi pun tak habih lagi. Marilah kita nikmati bersama suasana kemeriahan kayuhan pada hari ini. Sebelum itu sekali lagi setinggi penghargaan kepada Nizam Imegresen, Tuan Fadzil, Yusri n Amin di atas segala kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Azam and Ari dari Perlis PowerMTB. Thanks for everything bro...kepada semua riders yang hadir pada hari ini TAHNIAH di atas kesudian tuan-tuan meluangkan masa untuk program ini hari...
Akhirnya sampai jugak di persimpangan Kebun Bunga Betong...kami ambik keputusan tidak masuk ke Kebun Bunga kerana banyak riders yang dah jauh meninggalkan kami...agak mengecewakan...
Lagi berita dan gambar-gambar menarik
Odd ~ aku kat sini laa...Kayuhan Di Luar Negara - Betong Thailand, Day 1...
Odd ~ aku kat sini la...International Ride Day 2...
Rakap Cycle Team ~ Kebun Bunga Ayaq Lengkong Ride...
RamlySP ~ Kebun Bunga, Tak Seindah Nama Mu...
Ari @ Perlis PowerMTB...
Fozi @ KrohMTB...Kayuhan Betong...
Odd ~ aku kat sini laa...Kayuhan Di Luar Negara - Betong Thailand, Day 1...
Odd ~ aku kat sini la...International Ride Day 2...
Rakap Cycle Team ~ Kebun Bunga Ayaq Lengkong Ride...
RamlySP ~ Kebun Bunga, Tak Seindah Nama Mu...
Ari @ Perlis PowerMTB...
Fozi @ KrohMTB...Kayuhan Betong...
Ok...semoga jumpa lagi di lain siaran...segala keterlanjuran dan kekurangan harap diampunkan...
...TAHNIAH kepada semua yang hadir...
...TAHNIAH kepada semua yang hadir...
Subscribe to:
Posts (Atom)