Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 29, 2009

Bye-bye MERIDA ...

Bye~bye MERIDA . . .
Tarikh Kejadian ~ 28 Oktober 2009 . . .
Lokasi Pemunggahan ~ Jamil Best Kal Enterprise . . .
Setahun lebih aku menggunakan khidmat MERIDA TFS 300 ni, oleh kerana 'prestasi' yang kurang 'memberansang'kan dan kurang 'keselesaan' terutamanya semasa KPLR 2009 sekali lagi aku tanpa membuang masa selepas menerima nasihat dari beberapa sahabat yang pakar dalam bidang perbasikalan untuk beralih arah kepada 'jentera' baru iaitu GIANT XTC Team. Cuma framenya ajer, komponen lain masih yang lama jugak. Mudah~mudahan jentera baru ini boleh menambahkan lagi nafsu kayuhan aku pada masa akan datang dan mungkin akan kayuh lebih jauh lagi dari Hatyai tempoh hari . . . InsyaAllah . . .

Pertama kali aku sampai di Kedai Bang Jamil . . . walaupun dah bertahun~tahun dok lalu depan kedai dia tapi tak perasan la pullokpp . . .

Bang Jamil 'menyedekahkan' senyuman mautnya . . .

Pemandangan indah di ruang kedai Bang Jamil . . .

Bang Jamil mula 'melondeh' komponen dari MERIDA TFS 300 . . .

Bukan takat Bang Jamil saja, Khalib dan Tok Megat pun bertungkuih lomoih jugok . . .




Inilah dia rupa paras GIANT XTC Team aku . . .


Pandu uji oleh saudara Mait Apit . . .


Dan akhir sekali oleh 'tuan tanah' . . . he he he . . .

Pedoman untuk diri Aku :~

Kayuhlah ikut kemampuan . . .

Walau apa pun 'jenama' yang digunakan, semuanya adalah berdasarkan kemampuan individu itu sendiri . . .

Jangan salahkan permukaan tanah yang tidak rata kalau kita sendiri tidak tahu menari . . .

Ride for fun, health n to find friends . . .

Ayuh lah kita . . . Kayuh tetap kayuh . . .

Tuesday, October 20, 2009

KPLR 2009 . . . Hari Ke ~ 2 . . . Home Sweat Home . . .

Tidak ada aktiviti sampingan sepanjang bermalam di Hatyai, maksud aku shopping ataupun ronda~ronda. Cumanya ronda~ronda cari makan dengan Anak Siong, Lontruth, ComeyFZ dan beberapa orang teman lain yang aku tak perasan nama, kalau tak silap aku 12 orang kami malam tu. Macam-macam kami bedal, daging bakar, nasik goreng sea food, tomyam itik, telok dadar dan somtam. Memang sedap, tak rasa lagu di Malaysia. Habis makan kami 12 orang naik tuktuk balik ke hotel. Dreba tuktuk pun naik fenin dan tergelak tengok kelaku kami, mau lingkup tuktuk dia woo terutamanya menampung berat aku ngan Comey . . . kahkahkah . . .

Hari kedua sekadar 97.42 km dari Hatyai ke Kangar via Padang Besar. Flagg Off tepat jam 10 Malaysia. Perjalanan ke sempadan Padang Besar kurang lebih 57 km, terasa lega berbanding kayuhan pada hari pertama. Namun begitu kena berenti di dua tempat bagi menyempurnakan hajat sahabat-sahabat untuk minuman ringan dari sahabat Hatyai MTB dan Taratao MTB. Thank You Thailand . . . Selepas melewati imigration Padang Besar semua 'serabut' kayuh hari pertama semalam hilang entah ke mana. Legaaaa . . . segala-galanya selamat, cuma ada sedikit kemalangan kecil yang melibatkan 'peloton penyamuns' sewaktu hujan turun kira-kira 12 km ke sempadan. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius dilaporkan.