Flag off ~ 7.30 am ...
Calory burned ~ 1111.0 ...
Total distance ~ 71.79 km ...
Average speed ~ 21.4 km/h ...
Melantak ~ ... ??? ... tak tau berapa ribu kalori ... hehehe ...
Hari ini semua 'Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu', cuti umum sempena Isra' wal Mikraj. Program asal pada mulanya nak kayuh offroad di Bukit Neraka dengan Abang Megat dan Saudara Khalid 'Iron Man'. Bukit Neraka..? Kat mana tu..? Ikut kata Abang Megat kat area Serdang dekat dengan rumah Saudara Khalid. Tetapi memandangkan Abang Megat dan Khalid baru balik dari 'Ipoh Century Ride' kelmarin (19hb Julai) jadi aku maklum pada Abang Megat untuk tangguhkan 'acara' tersebut.
Apa pun, kayuh tetap kayuh jugak. Sambil-sambil balik rumah tok aku di Jelutong. Aku pakat dengan bini suruh dia keluaq lewat sikit. Mula-mula ingat nak kayuh takat Kulim jer, bila sampai traffic light KHT, aku tengok mileage baru dalam 53 km...aaahhhh tak buleh jadi ni, kena tambah sikit lagi. Dan akibatnya aku injut sampai Plaza Tol Kubang Semang, kalau ikut hati mau jugak lajak kayuh naik feri, tapi bini aku kata dia 'gayat' bawak kereta area Bagan. Tu pun kira ok lah...
Lepas 'bungkus' beskal aku call Abang Megat...Agak-agak apa yang berlaku bila call Abang Megat..? Hehehe ... Mai kita tengok senario hari ini ...
balon mee udang resipi Yan Kedah ... tajaan dari ...
Abang Megat la sapa lagi ... terima kasih Abang Megat ... dari ujung rambut sampai ujung kaki ... mudah-mudahan Allah terus murahkan rezeki ...
Semasa feri Pulau Undan ni nak merapat ke jeti, berselisih dengan feri yang aku naik. Masa tu aku nampak ada seseorang sedang lambai tangan kat aku. Aku tak pasti siapa tapi aku senyum jer la ... dok sat talipon aku bunyi panggilan dari Abang Rani Merida. Rupa-rupanya anak dia yang dok lambai kat aku tadi tu ... sori la bang, tak perasan ... Persoalannya sekarang...apakah tujuan Abang Rani ke Penang ... Mungkinkah mencari jentera FULLSUSP yang baru ...? Harap-harap pihak berkuasa RCT dapat menyiasat perkara ini ...
Lepas solah Isyak baru aku tolak balik ke Baling, tapi tidak terus balik ... aku singgah di Restoran Pon Alia ... Abang Megat & Family pun join jugak ... Kami sembang-sembang dan minum sampai jam 11.00. Kepada Pon suami isteri terima kasih daun keladi begitu juga kepada Abang Megat & Family yang baik budi ...
... Semoga jumpa lagi ... daaa ...
... Semoga jumpa lagi ... daaa ...
No comments:
Post a Comment