Selepas minum di warung Haji Derani, kami terus berangkat menuju ke destinasi Anak Siong. 15 km 'flat route', cantiikk...tapi dari awal lagi aku dah bagi tau Anak Siong supaya dia 'menghidangkan' sedikit laluan 'offroad' di kawasan Kampung Luar. Cuaca pun bagus, tak panas sangat. Redup...
Fullamak...sesuatu yang aku tak duga. Meleleh jugak climbing kat bukit tu. Lepas ni pasti aku akan ajak Anak Siong mai lain kat bukit ni. Jadi sesiapa yang tak join ride hari ini boleh lah mai kalu nak mencuba offroad di kawasan Baling pulok. Sekali mai pasti nak mai lagi...Destinasi terakhir sebelum ke dusun Anak Siong, kami pakat pi bersantai di Air Panas Ulu Legong. Tak masuk dalam pun, cuma lepak kat luar jer. Tepat jam 12 tengah hari kami terus ke tempat 'kejadian' yang dimaksudkan. Maka berlakulah apa yang sepatutnya berlaku.....Mai kita tengok apa dia...
Abang Jamil adalah peserta pertama yang memasukkan 'muatan' ke dalam pinggan...
Time ni sapa pun tak panggong kepala, senyap sunyi. Mai kita tengok sapa dia..?
Total distance hari ini 53.99 km. Boleh tahan. Calory burned 737.6 tapi kami 'melantak' beribu-ribu kalori. Belen ka..? Bukan takat deroyan saja, manggis, rambutan, puluik dan last sekali nasik gulai batang pisang disulami dengan ulam-ulaman...perrgh meleleh...
Dan dengan ini juga aku mewakili seluruh sahabat yang menyertai program hari ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Anak Siong dan keluarga beliau, kerana susah payah menyediakan hidangan yang cukup hebat kepada kami semua. Mudah-mudahan Allah membalas segala budi baik anda sekeluarga...
Dan, terima kasih juga kepada semua yang hadir. Salah dan silap, apa yang korang harap dimaafkan. Special thanks to Abang Megat kerana bagi kat aku 'hadiah istimewa'...

...Jumpa Lagi...
Lagi kemeriahan hari ini sila klik...Odd I'm here...Anak Siong...
No comments:
Post a Comment