Maraton berbasikal kali ini berjaya menarik penyertaan peserta luar negara seperti Hong Kong, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan dan Jepun.
Di samping itu, sepanjang perjalanan ada pemandangan indah seperti gua batu kapur di samping tempat bersejarah serta perkampungan Orang Asli yang telah memukau para peserta acara ini. Penyertaan kali ini nampaknya bertambah daripada tahun lalu.
Penyertaan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki (18 tahun ke atas), Veteran Lelaki (40-49 tahun), Veteran Lelaki Senior (50 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita (18 tahun ke atas).
Acara ini juga dapat membantu mempromosi pelancongan Perak yang sememangnya kaya dengan warisan dan khazanah sejarah di samping keindahan alam sekitarnya yang belum tercemar.
No comments:
Post a Comment