Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 8, 2009

Jom Kite Makan Deroyan...





Tuan-tuan dan Puan-puan rakan MTB sekelian anda dijemput menyertai
'Kayuhan Sambil Makan Durian'.


Bila..? ~ Sabtu 11hb. Julai 2009...
Di mana nak berkumpul..? ~ Kuarters JKR Baling...
Pukul berapa haa..? ~ 8.00 pagi...
Berapa banyak nak kena makan deroyan tu..? ~ Sukahati selagi mana mampu...
Boleh bawak balik kaa..? ~ Hehehe...yang tu kena tanya Tuan Tanah...

Kemudahan Parkir disediakan...bayaran tidak dikenakan...kalau nak bayar jugak pi boh dalam tabung masjid...

Semua spesis durian yang terlibat adalah ditaja sepenuhnya oleh Anak Siong.


Antara hidangan tambahan:

  • 15 km kayuh ke dusun Anak Siong...maknanya 30 km pergi dan balik...bukan senang nak makan free...hehehe...kena dera dulu laa...
  • 10 km 'offroad' yang climbingnya gerenti kaw-kaw...


...untuk melihat semua spesis durian yang akan dihidangkan sila klik pada tulisan dibawah...

1 comment:

  1. Wow bestnya, kayuh-kayuh pastu makan durian, free plak tu. Yang tak bestnya tak leh makan banyak, nanti balik semput pulak. Enjoyed yourselve

    ReplyDelete