Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 2, 2009

Siapa Lagi Yang Belum Tawan Puncak Gunung Jerai..? Ayuh segera...

Salam kepada semua.

Siapa lagi yang belum tawan puncak Gunung Jerai..? Ayuh segera...kehadiran anda dinanti-nantikan. Terbaru pada 28hb Jun yang lalu Abang Megat Halim sudah 'mengamuk' selepas keluar dari hospital tempohari. Beliau telah 'melampiaskan nafsu' bersama dengan saudara Jamil Bestkal, Haji Kamal, Dodi HawkMTB serta ''Si Cilik'...Megat Imran. Mereka berjaya sampai ke puncak menara. Syabas untuk semua. Dan kepada Haji Kamal, jangan putus asa...jom kita cuba lagi.

Aku cuma tumpang syok dan seronok ajer bila kawan-kawan berjaya. Rasa macam nak pi pulak la...hehehe...Terima kasih kepada Abang Jamil Bestkal kerana sudi emelkan gambar-gambar 'keseronokan' mereka sewaktu di puncak menara tempohari. TAHNIAH semua...


Tok Megat & Imran...Muzium Perhutanan...berlatar belakangkan kabus pagi yang indah...

Saudara Jamil Bestkal...

Kecik-kecik semut api...hehehe...bravo Imran...

Like father...like son

Tak ada yang lebih seronok bila panjat Gunung Jerai selain dari menawan puncak menaranya...

Dodi dan Imran...



... J U M P A L A G I ...










2 comments:

  1. adeh bila laa aku dapat pi belah sana.. tak sampai lagi hajat nak kerabat gunung jerai.. brapa kilo bro..? mencanak dak..?

    ReplyDelete
  2. Riezal ~ dalam 15 km..ajer, tapi memang nikmat hingga menjilat jari...hehehe...memang nikmat...sekali rasa nak lagi...mai la...

    ReplyDelete